
Ain dari Sarawak telah email KDC untuk membuat wedding cake 3 tingkat buat adiknya.Kami bertemu di tepian Tol unruk penghantaran disebabkan diriku sedikit sibuk dari biasa.Sebelum aku menceburi bidang ini,tidak pernah terlintas di fikiran ku yang ada juga pasangan yang melangsungkan perkahwinan di musin perayaan Aidil fitri..mungkin disebabkan ketika inilah saudara mara berkumpul agaknya ya..
Kek dari hiasan fondant rona putih dan kuning lembut dengan “rusty basket design” disekeliling kek menjadi pilihan hiasan ku kali ini.Bunga mawar kuning dan merah pula ku jadikan sebagai penyeri hiasan kek ini.
Terima Kasih Ain kerana sudi berurusan dengan kak linda.
Kali pertama aku menghias wedding cake berwarna kuning sebegini.Sejuk mata memandang.Seperti hiasan kek sebelumnya..aku hanya mengambil masa yang singkat utk menghias kek ini.Tidak banyak kerenah.