28 September 2009







Red and white

From achive

Chocolate fondant


Gambar lama..dlm peti buruk

Black and white

Gambar lama tapi tak ter upload kt sini

Yellow,Fuchsia wedding cake

Majlis yang berlangsung pada hari raya ke-4 juga di Sungai petani,kedah.
Ain dari Sarawak telah email KDC untuk membuat wedding cake 3 tingkat buat adiknya.Kami bertemu di tepian Tol unruk penghantaran disebabkan diriku sedikit sibuk dari biasa.Sebelum aku menceburi bidang ini,tidak pernah terlintas di fikiran ku yang ada juga pasangan yang melangsungkan perkahwinan di musin perayaan Aidil fitri..mungkin disebabkan ketika inilah saudara mara berkumpul agaknya ya..
Kek dari hiasan fondant rona putih dan kuning lembut dengan “rusty basket design” disekeliling kek menjadi pilihan hiasan ku kali ini.Bunga mawar kuning dan merah pula ku jadikan sebagai penyeri hiasan kek ini.
Terima Kasih Ain kerana sudi berurusan dengan kak linda.
Kali pertama aku menghias wedding cake berwarna kuning sebegini.Sejuk mata memandang.Seperti hiasan kek sebelumnya..aku hanya mengambil masa yang singkat utk menghias kek ini.Tidak banyak kerenah.
Kek Coklat lembab ini aku lapisi dengan krim blueberry dan diselimuti dengan fondant rona pink lembut dan fuchsia.Hiasan moden yang mudah sekadar tampalan fondant berbentuk syiling dan hati.Kepingan dua hati pula aku jadikan sebagai “cake topper”.

Ditempah sebagai hantaran dan design nya adalah seperti yang telah ku buat sebelum ini.Aku telah membuat design seperti ini hampir sepuluh biji kek hantaran.Design nya mudah dan tenang menjadi pilihan individu untuk majlis penting mereka agaknya.